Lawaklah, Lihat Gelagat Lucu Pemuda Ini Bila Tiba-Tiba Tokti Hulurkan Mic Padanya

Haaa excited sangat kan, sekali Tokti hulur mic terus bencana alam πŸ˜‚

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai aura yang tersendiri. Jika tidak, masakan beliau mampu kekal menjadi penyanyi nombor satu negara sehingga ke hari ini. Tidak hairanlah jika ada peminat yang tergamam atau mengalami ‘starstruck’ apabila pertama kali berjumpa penyanyi ini.

Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda ini apabila dia terlalu teruja melihat persembahan Siti pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Sitizone yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Apa yang mencuit hati, video berkenaan tidak sempat dirakam penuh gara-gara terlalu teruja. Video rakaman dimuat naik di Twitter itu sekali gus mendapat perhatian ramai apabila telah dikongsi sebanyak 27,000 kali.

“Tengah syok tengok Datuk Siti Nurhaliza nyanyi, sekali Tokti hulur microphone dekat ko,” katanya menerusi Twitter. Rata-rata netizen terhibur dengan video berkenaan dan menganggapnya ia antara pengalaman ‘starstruck’ paling berharga.

sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Lawaklah, Lihat Gelagat Lucu Pemuda Ini Bila Tiba-Tiba Tokti Hulurkan Mic Padanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*