Baru saja balik dari masjid, pasangan suami isteri ini cedera dir4 gut

Tak berhati perut langsung, bayangkan kalau yang jadi mangsa mak ayah kau

Nasib malang menimpa sepasang suami isteri warga emas apabila diragut selepas baru sahaja pulang daripada mendengar ceramah agama. Kejadian tersebut berlaku pada di Kota Bharu pada jam 11 pagi semalam semasa mereka hendak pulang ke rumah di Kampung Pauh Lima. Mangsa, Alias Awang, 64 cedera parah di bahagian lengan dan kaki kanannya, manakala isteri beliau, Rahimah Mat Hasan, 56 cedera di bahagian dalam mulut.

Keadaan mangsa yang cedera parah di bahagian muka, lengan dan kaki

Bahagian dalam mulut mangsa yang terkoyak Menurut anak mangsa, Mohammad Ayub Alias, 35 memberitahu motosikal EX5 yang ditunggang oleh kedua ibu bapanya itu dikejar oleh dua orang lelaki dari belakang.

“Ayah dan ibu baru saja keluar kira-kira 50 meter dari Pasar Selasa bagitahu dikejar dua peragut yang menunggang motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting”

Kejar sampai dapat! Dua suspek bertindak merampas beg yang diletakkan di atas riba isteri mangsa menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh dari motosikal dan cedera teruk.

Tidak cukup dengan itu, suspek membuat percubaan kali kedua untuk merampas beg tersebut namun gagal kerana isteri mangsa berjaya menghalang dengan memulas tali beg. Kebetulan penduduk kampung melalui jalan tersebut dan membantu mereka menyebabkan kedua-dua suspek melarikan diri.

Mereka kemudiannya dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Sumber: Astro Awani, Facebook

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Baru saja balik dari masjid, pasangan suami isteri ini cedera dir4 gut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*