Iklan Cari ‘Pereka Grafik’ Pasar Raya Econsave Menarik Perhatian Netizen Kerana Strateginya yang Unik

Iklan Cari ‘Pereka Grafik’ Pasar Raya Econsave Menarik Perhatian Netizen Kerana Strateginya yang Unik

Rangkaian pasaraya Econsave meraih perhatian ramai pengguna media sosial hari ini apabila mereka mengumumkan kekosongan untuk jawatan pereka grafik yang berpangkalan di pejabat mereka di Seksyen 36, Shah Alam, melalui laman Facebook dan Twitter.

 

Iklan jawatan kosong itu menarik perhatian kerana rekaan teksnya yang sengaja ditulis dengan cakar ayam dalam dakwat hitam pada permukaan putih menggunakan MS Paint untuk menekankan betapa mereka memerlukan pereka grafik dalam pengurusan mereka.

Jawatan itu memerlukan sekurang-kurangnya diploma, ijazah atau sarjana muda dalam bidang yang berkaitan atau pengalaman bekerja selama dua hingga tiga tahun. Iklan itu juga menegaskan mereka yang mempunyai kemahiran reka bentuk lebih “hodoh” dari yang ditunjukkan dalam iklan itu tidak dibenarkan memohon.

Posting Econsave itu berjaya mendapat perhatian ramai yang sedang cuba untuk memohon. Kebanyakkan netizen juga terhibur dengan strategi pengiklanan yang mereka ketengahkan.

“Ni lah cara designer berfikir…”

“Marketing boek…”

“Really good job advertisement…”

“Padu betul ads dia ni…”

“Ni iklan ke menganjing?”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Twitter

Be the first to comment on "Iklan Cari ‘Pereka Grafik’ Pasar Raya Econsave Menarik Perhatian Netizen Kerana Strateginya yang Unik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*